Filem Sekolahaha

Muhammad Luthfi Rohime[1] (lahir 23 Jun 1990)[perlu rujukan] atau lebih dikenali sebagai Mat Luthfi ialah seorang personaliti media sosial dan selebriti YouTube Malaysia yang berasal dari Kedah. Beliau telah berkahwin pada 29 Januari 2016.[2] Beliau merupakan graduan jurusan arkitek di Universiti Curtin di Perth, Australia.Mat Luthfi juga seorang penulis dan sejak dari 2018[kemas kini], telah menulis empat buku.[3][4] Beliau menduduki kerusi pengarah pada 2018 menerusi Sekolahaha terbitan Skop Productions.[5] Dan pada tahun 2018, Mat Luthfi telah menubuhkan satu saluran YouTube baharu iatu ML Studio. Saluran ML Studio merupakan sebuah saluran yang memaparkan tentang pelbagai info pengetahuan am dan berita semasa dari dalam dan luar negara. Dan pada tahun 2021, hampir 6,000 video telah dimuat-naik setakat ini.

Filem Sekolahaha

Terkenal kerana YouTube MatLuthfi90 & ML Studios
Pekerjaan Personaliti media sosial, penulis, pengarah filem
Laman web rasmi https://matlut.com/
Tahun aktif 2012–kini
Kelahiran
Muhammad Luthfi bin Rohime

(1990-06-23) 23 Jun 1990 (umur 32)
Pusat pendidikan Universiti Curtin